Selasa, 4 Ogos 2015
Ayahanda.tercinta...Redha dengan dugaanMu Ya Allah
Tika dan saat ini, Selasa - 4 Ogos 2015, jam.11:25 malam aku masih berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Sabak Bernam. Ayahanda sedang terlantar menerima ujian maha berat bagi seorang insan sepertinya...serangan strok kali kedua dalam tempoh 2 minggu.
Baru 2 minggu lalu, aku temankan ayahanda di Hospital Teluk Intan kerana strok...tapi saat itu hanya serangan yang 'minor'..3 hari lalu aku diberitakan yang ayahanda terpaksa dikejarkan ke hospital ini kerana serangan kedua....yang melumpuhkan bahagian kanan anggota kaki dan tangan. Kali ini memang kritikal...dah tak mampu menelan walau setitik air...
Ya Allah....ujian ini benar2 menguji kami....apatah lagi ayahanda yang kami sayangi. Jadikanlah ujian sakit ini sebagai pencuci dosa dan sembuhkanlah oleh Mu wahai Tuhan yang maha ampuh.
Keadaan ayahanda yang makin lemah membuat kami adik beradik berhimpun dan menginsafi atas segala yang Allah turunkan.
Segala ikhtiar kami cuba usaha dan doa kami buatmu ayahanda tercinta...semoga dirimu segera sembuh. Insyaallah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan