SEMOGA TENANG DI SANA
Dari Allah kita datang...kepadaNya jua kita dikembalikan...
Tanggal 21 Ogos 2015, kira-kira jam 11.30 pagi....di pagi Jumaat yang mulia, penghulu segala hari...ayahanda tersayang menghembuskan nafas terakhirnya setelah hampir sepurnama terlantar...
Aku redha dengan segala ketentuanMu Ya Rabbi...jika itu lebih baik bagimu, ayahanda. Alhamdulillah, aku berkesempatan berada di sisimu tika malaikat maut menjemputmu.
Ayahanda....ampunkan segala dosa anakanda....
Anakanda doakan semoga ayahanda tenang di sana.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu
Tempatkanlah bersama para solihin...
Aminn...aminn....Ya Rabbal alaminn...
Tentang Aku
Rabu, 26 Ogos 2015
Selasa, 4 Ogos 2015
Ayahanda.tercinta...Redha dengan dugaanMu Ya Allah
Tika dan saat ini, Selasa - 4 Ogos 2015, jam.11:25 malam aku masih berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Sabak Bernam. Ayahanda sedang terlantar menerima ujian maha berat bagi seorang insan sepertinya...serangan strok kali kedua dalam tempoh 2 minggu.
Baru 2 minggu lalu, aku temankan ayahanda di Hospital Teluk Intan kerana strok...tapi saat itu hanya serangan yang 'minor'..3 hari lalu aku diberitakan yang ayahanda terpaksa dikejarkan ke hospital ini kerana serangan kedua....yang melumpuhkan bahagian kanan anggota kaki dan tangan. Kali ini memang kritikal...dah tak mampu menelan walau setitik air...
Ya Allah....ujian ini benar2 menguji kami....apatah lagi ayahanda yang kami sayangi. Jadikanlah ujian sakit ini sebagai pencuci dosa dan sembuhkanlah oleh Mu wahai Tuhan yang maha ampuh.
Keadaan ayahanda yang makin lemah membuat kami adik beradik berhimpun dan menginsafi atas segala yang Allah turunkan.
Segala ikhtiar kami cuba usaha dan doa kami buatmu ayahanda tercinta...semoga dirimu segera sembuh. Insyaallah.
Sabtu, 7 April 2012
Siapa sangka siapa menduga....dugaan yang datang bertimpa-timpa. Aku sebagai manusia, hamba yang Esa...harus tabah menghadapinya. Walaupun, di hati kecilku...luluh hancur berkecai...Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada hambaMu yang hina ini untuk menghadapi cubaan dan dugaanMu yang maha besar ini...
Tanggal 5 April 2012....kami sekeluarga dikejutkan dengan statement Doktor Pakar kanak-kanak...Dr. Guna di Putra Medical Centre, Kedah.....Muhammad Zarif Fayyadh, anak lelaki tunggalku yang baru merasai hidup 2 bulan di muka bumi Allah ini....disahkan mengidap Jantung Berlubang dengan salah satu injapnya tidak berfungsi...
Ya Allah...dugaan apa yang Kau beri kepada kami ini??....Patutlah saban hari ku lihat Zarif kian lemah..berat badannya kian turun....menangis tanpa henti. Maafkan Abah, Zarif.....abah tak faham apa mahumu...Abah anggap tangismu tangis biasa seperti bayi-bayi lain....Abah agak terlambat membawamu berjumpa doktor. Abah tak tahu penderitaanmu, sayang...Abah dapat merasakan kesakitan yang Zarif alami...maafkan Abah sekali lagi...Zarif, Abah sayang Zarif....sembuhlah nak...Abah berjanji akan lakukan apa saja untukmu sayang...Abah nak Zarif sihat seperti kawan-kawan lain...
Ya Allah.....ku mohon padaMu ya Allah...selamatkanlah Zarif...andai aku harus dijadikan galang gantinya...aku redha. Aku berserah padaMu...
Isnin, 23 Januari 2012
Hadirmu Dinanti

Detik 3 pagi pada tanggal 18 Januari 2012...isteriku sudah mula menunjukkan tanda-tanda awal hendak melahirkan. Aku bawa isteriku bergegas ke Pusat pakar Perubatan Putera (PMC) dengan perasaan yang berdebar-debar. Sampai di PMC, isteriku ditempatkan di sebuah wad di Labour Room....kedinginan awal pagi tu...benar-benar menyucuk ke tulang hitam ku. Debaran terus menyelubungi kami berdua kerana aku sentiasa disamping isteriku di saat ia memerlukan. 4 jam kemudian doktor pun sampai...setelah dijalankan pemeriksaan menurutnya kena tunggu 2 jam lagi untuk melahirkan...bertambah lagi debaran di dada. Dipendekkan citer, tepat jam 9.02 pagi...nurse mengesahkan yang isteriku sudah terlalu hampir untuk melahirkan...doktor pun dihubungi....
Hahaha...itilah first time aku menyaksikan dengan mata dan kepala aku....isteriku melahirkan anak. Aduhhh...nak pitam pun ada. Pengalaman yang amat berharga yang memberi sejuta pengajaran. Lahir saja bayi tersebut, kami sambut dengan laungan azan dan iqamah...doktor pun sama2 azan...terharu dan sebak tika itu....suasana yang sungguh asing ku rasakan....sambil doktor menunjukkan bayi tersebut kepada kami berdua...alhamdulilah...bayi lelaki...permintaan kami selama ini telah tertunai...doa kami selama ini dimakbulkan Allah...syukur kepada Mu Ya Allah....
Satu-satunya PUTERA dalam hidup kami...kami namakan Muhamad Zarif Fayyadh...Semoga hadirmu menambah seri dan jadilah anak yang soleh dan bertaqwa. Abah, ibu, Kakak, Angah dan Kak Cik....menyambut kehadiranmu dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana HADIRMU DINANTI....
Rabu, 30 November 2011
Dugaan Untukku

Siapa sangka siapa menduga...dalam keadaan tenang dan tenteram tiba-tiba dugaan menimpa ku. 25 November 2011...jam 6.30 pagi aku terjaga dari tidurku...sebelah badanku terasa amat berat, tak bermaya...terasa longlai. Tangan kiri yang cuba ku angkat terasa kebas sangat, muka sebelah kiri juga begitu....lumpuh dah aku ni...fikir hatiku. Cuba bangun ke bilik air untuk mengambil wuduk....sah lah sebahagian badanku dah longlai...atau istilah modennya...serangan strok a.k.a. angin akhmar.
Berbekalkan semangat dan kekuatan yang bercampur aduk...ku pandu kereta ke Kedah Medical Centre (KMC)dengan ditemani isteri...setelah pemeriksaan lengkap dijalankan, alhamdulillah di bahagian otak tiada apa2 pendarahan...cuma salur darah yang tersumbat akibat kolesterol yang tinggi...Pakar Saraf Doktor Riduan mengesahkan...kolesterol dalam darahku 8.3...hahaha...entah apa yang aku makan sampai begitu tinggi kadarnya.
akhirnya aku terpaksa admit dlm wad...first time aku duduk dalam wad camtu...terasa janggal...terasa terasing...terasa sunyi dari dunia luar...mujurlah ada keluarga dan teman2 yang mengunjungi di sana. Kalau tidak, mau saja aku lari balik malam tu.
Sekarang...dah 6 hari aku menanggung dugaan Allah ini...dengan serba kejanggalan yang aku rasa....serba serbi berlainan dari kebiasaan...tapi aku redha dengan dugaan Allah. Cuma yang aku bayangkan...ada lagi insan lain yang menerima nasib seperti ku bahkan lebih teruk lagi. Dengan dugaan ini, sekurang-kurangnya aku tahu..Allah masih sayangkan aku...masih mahu aku meneruskan hidup untuk menyembah kepadaNya...mengakui kebesaranNya...serta menginsafi dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini.
Kepada rakan-rakan yang lain...ingatlah aku nak pesan...jaga kesihatan, berhenti merokok, amalkan pemakanan sihat...bersenam...pendek kata amalkan GAYA HIDUP SIHAT...
Rabu, 23 November 2011
Tinggal Kenangan
Lama sungguh aku tak menulis di sini. Terlalu banyak tembok penghalangnya. Bukan hanya Pak Menteri saja yang sibuk memanjang....Bapak Guru pun agak kalut kebelakangan ini. Oh ya..terlalu banyak nak di ceriterakan di sini tapi biarlah satu-satu.
Sebetulnya aku rasa sedih dan tak sanggup nak sembang bab ni tapi....demi mengenang peristiwa ni, aku coretkan juga. Bonda kesayangan ku telah kembali ke rahmatullah pada 23 Oktober 2011. Kira-kira 2 minggu sebelum ketibaan Aidil Adha. Redha dengan ketentuan Allah. Seperti yang telah aku ceritakan pada catatan-catatan yang lalu...bonda mengidap masalah paru-paru, sebahagian besar paru-parunya telah rosak. Kegagalan bernafas dikenalpasti menjadi punca kematiannya. Apapun, itu bukan kerja kita...Allah maha mengetahui.
Kenangan terakhir bersama arwah, semasa Aidil Fitri yang lalu. Arwah memang dah tak larat buat kerja-kerja rumah tapi demi anak-anak, menantu dan cucu-cucu, semua itu digagahi....itulah pengorbanan seorang ibu.
Memang merasa kehilangan....tambah2 aku yang tinggal paling jauh darinya...sapa tahu mungkin arwah masa hayatnya tertunggu-tunggu hadirku. Aku anak yang terakhir menziarahinya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya.
Di ruang ini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang selama ini bertungkus lumus menjaga ibu dengan penuh perhatian tanpa jemu..
Kepada Ayah....Shariff bin Samin, sabarlah dan redha dengan ketentuan Ilahi,...semua orang tahu ayah dan ibu memang tak pernah berenggang sepanjang bergelar suami isteri.
Kak Nor...kakak sulung ku, jadilah pengganti ibu...bimbing kami semua ye. Abang Din...kami masih mengharapkan nasihatmu. shida, adikku.....ciri-ciri ibu ada pada kamu...teruskan. Melihat kamu seperti melihat ibu. Adik bongsuku...Mohd Nadzir...kamulah yang layak menerima anugerah paling berharga kerana sanggup menjaga ayah dan ibu...tak pernah kenal penat lelah, siang malam kau redahi demi seorang ibu. Kamu memang tabah, kamu memang terpuji....kepada semua menantu-menantu bonda, aku ucapkan terima kasih juga kerana pengertian kalian saat kami terpaksa berkejar ke sana ke mari juga saat-saat kecemasan, terpaksa menuntut pengorbanan kalian. Aku hargai semua pengorbanan kalian...
aku dah tak mampu meneruskan coretan ini....dah terasa sebak...tergenang jugak air mata ni....ok lah, sampai di sini dulu.
Untuk arwah bonda...Sakiah binti Bahran....Al-Fatihah.
Jumaat, 29 Julai 2011
Ramadhan Datang Kembali
Umat Islam seluruh dunia bakal menyambut 1 Ramadhan tak berapa hari lagi. Pengertian Ramadhan harus difahami oleh semua umat Islam. Puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga....banyak lagi yang perlu puasa, tangan, mata, telinga...semua kena puasa.
Berjayakah kita menundukkan nafsu pada Ramadhan kali ini. Hari pertama puasa...jom ramai-ramai pakat pi bazar Ramadhan. Kalau tak membeli pun, menyaksi pun sudah memadai. Boleh kita saksikan keghairahan para peniaga menjual pelbagai juadah...si pembeli juga turut ghairah membeli. tengok itu sedap, ini pun sedap....sedar2, kedua belah tangan dah penuh...hehehe, nafsu oh nafsu.
Jangan lupa berterawih di sebelah malamnya, letih pun kena paksa diri ke masjid atau surau....lawan lah nafsu nak tidur tu. Lepas terawih pasti ada 'moreh'....alahai moreh pun satu hal, kadang2, makanan berlebih...kebanyakan jemaah dah kenyang, jadi berlaku pembaziran lagi. Kepada penyedia jamuan moreh...beringatla, jangan terlalu ghairah menyediakan mekanan sehingga berlaku pembaziran.
Kepada semua umat Islam, marilah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah...lakukan ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan. Semoga amalan kita diterima Allah. Insya Allah.
Berjayakah kita menundukkan nafsu pada Ramadhan kali ini. Hari pertama puasa...jom ramai-ramai pakat pi bazar Ramadhan. Kalau tak membeli pun, menyaksi pun sudah memadai. Boleh kita saksikan keghairahan para peniaga menjual pelbagai juadah...si pembeli juga turut ghairah membeli. tengok itu sedap, ini pun sedap....sedar2, kedua belah tangan dah penuh...hehehe, nafsu oh nafsu.
Jangan lupa berterawih di sebelah malamnya, letih pun kena paksa diri ke masjid atau surau....lawan lah nafsu nak tidur tu. Lepas terawih pasti ada 'moreh'....alahai moreh pun satu hal, kadang2, makanan berlebih...kebanyakan jemaah dah kenyang, jadi berlaku pembaziran lagi. Kepada penyedia jamuan moreh...beringatla, jangan terlalu ghairah menyediakan mekanan sehingga berlaku pembaziran.
Kepada semua umat Islam, marilah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah...lakukan ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan. Semoga amalan kita diterima Allah. Insya Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)
