Rabu, 30 November 2011

Dugaan Untukku



Siapa sangka siapa menduga...dalam keadaan tenang dan tenteram tiba-tiba dugaan menimpa ku. 25 November 2011...jam 6.30 pagi aku terjaga dari tidurku...sebelah badanku terasa amat berat, tak bermaya...terasa longlai. Tangan kiri yang cuba ku angkat terasa kebas sangat, muka sebelah kiri juga begitu....lumpuh dah aku ni...fikir hatiku. Cuba bangun ke bilik air untuk mengambil wuduk....sah lah sebahagian badanku dah longlai...atau istilah modennya...serangan strok a.k.a. angin akhmar.

Berbekalkan semangat dan kekuatan yang bercampur aduk...ku pandu kereta ke Kedah Medical Centre (KMC)dengan ditemani isteri...setelah pemeriksaan lengkap dijalankan, alhamdulillah di bahagian otak tiada apa2 pendarahan...cuma salur darah yang tersumbat akibat kolesterol yang tinggi...Pakar Saraf Doktor Riduan mengesahkan...kolesterol dalam darahku 8.3...hahaha...entah apa yang aku makan sampai begitu tinggi kadarnya.

akhirnya aku terpaksa admit dlm wad...first time aku duduk dalam wad camtu...terasa janggal...terasa terasing...terasa sunyi dari dunia luar...mujurlah ada keluarga dan teman2 yang mengunjungi di sana. Kalau tidak, mau saja aku lari balik malam tu.

Sekarang...dah 6 hari aku menanggung dugaan Allah ini...dengan serba kejanggalan yang aku rasa....serba serbi berlainan dari kebiasaan...tapi aku redha dengan dugaan Allah. Cuma yang aku bayangkan...ada lagi insan lain yang menerima nasib seperti ku bahkan lebih teruk lagi. Dengan dugaan ini, sekurang-kurangnya aku tahu..Allah masih sayangkan aku...masih mahu aku meneruskan hidup untuk menyembah kepadaNya...mengakui kebesaranNya...serta menginsafi dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini.

Kepada rakan-rakan yang lain...ingatlah aku nak pesan...jaga kesihatan, berhenti merokok, amalkan pemakanan sihat...bersenam...pendek kata amalkan GAYA HIDUP SIHAT...

Rabu, 23 November 2011

Tinggal Kenangan




Lama sungguh aku tak menulis di sini. Terlalu banyak tembok penghalangnya. Bukan hanya Pak Menteri saja yang sibuk memanjang....Bapak Guru pun agak kalut kebelakangan ini. Oh ya..terlalu banyak nak di ceriterakan di sini tapi biarlah satu-satu.
Sebetulnya aku rasa sedih dan tak sanggup nak sembang bab ni tapi....demi mengenang peristiwa ni, aku coretkan juga. Bonda kesayangan ku telah kembali ke rahmatullah pada 23 Oktober 2011. Kira-kira 2 minggu sebelum ketibaan Aidil Adha. Redha dengan ketentuan Allah. Seperti yang telah aku ceritakan pada catatan-catatan yang lalu...bonda mengidap masalah paru-paru, sebahagian besar paru-parunya telah rosak. Kegagalan bernafas dikenalpasti menjadi punca kematiannya. Apapun, itu bukan kerja kita...Allah maha mengetahui.
Kenangan terakhir bersama arwah, semasa Aidil Fitri yang lalu. Arwah memang dah tak larat buat kerja-kerja rumah tapi demi anak-anak, menantu dan cucu-cucu, semua itu digagahi....itulah pengorbanan seorang ibu.
Memang merasa kehilangan....tambah2 aku yang tinggal paling jauh darinya...sapa tahu mungkin arwah masa hayatnya tertunggu-tunggu hadirku. Aku anak yang terakhir menziarahinya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya.
Di ruang ini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang selama ini bertungkus lumus menjaga ibu dengan penuh perhatian tanpa jemu..
Kepada Ayah....Shariff bin Samin, sabarlah dan redha dengan ketentuan Ilahi,...semua orang tahu ayah dan ibu memang tak pernah berenggang sepanjang bergelar suami isteri.
Kak Nor...kakak sulung ku, jadilah pengganti ibu...bimbing kami semua ye. Abang Din...kami masih mengharapkan nasihatmu. shida, adikku.....ciri-ciri ibu ada pada kamu...teruskan. Melihat kamu seperti melihat ibu. Adik bongsuku...Mohd Nadzir...kamulah yang layak menerima anugerah paling berharga kerana sanggup menjaga ayah dan ibu...tak pernah kenal penat lelah, siang malam kau redahi demi seorang ibu. Kamu memang tabah, kamu memang terpuji....kepada semua menantu-menantu bonda, aku ucapkan terima kasih juga kerana pengertian kalian saat kami terpaksa berkejar ke sana ke mari juga saat-saat kecemasan, terpaksa menuntut pengorbanan kalian. Aku hargai semua pengorbanan kalian...
aku dah tak mampu meneruskan coretan ini....dah terasa sebak...tergenang jugak air mata ni....ok lah, sampai di sini dulu.

Untuk arwah bonda...Sakiah binti Bahran....Al-Fatihah.