Selasa, 25 Januari 2011
Rapuhnya Nilai Kemanusiaan
Saudara dan saudari....malam ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang lagi bayi. Beritanya disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen utama tempatan (tak payah sebut lah)... tapi yang paling menyedihkan, kematian bayi yang tidak berdosa itu amat menyayat hati ini. Dengan lima kesan tikaman bertubi-tubi.....bayi itu menemui ajal sebelum ia sempat mengenali siapa ibu dan bapanya.
Mungkin kalau kita boleh mendengar teriakan dan rintihannya ketika menerima tusukan pertama...kedua dan seterusnya....kita juga tak ingin hidup.... Manusia apakah yang sanggup menamatkan riwayat bayi itu...sedangkan ia belum sempat menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Hasutan syaitan dah merasuk hati nurani makhluk manusia berhati binatang agaknya. Hingga sanggup melakukan perbuatan itu. Entahlah....memang tak faham dengan beberapa kejadian di akhir zaman ini. Rapuhnya nilai kemanusiaan........
Khamis, 6 Januari 2011
Minyak Masak vs Masak Berminyak
Sekali lagi masyarakat Malaysia di kejutkan dengan Krisis Minyak Masak...Adehhh...hampir saban tahun ada sahaja krisis makanan. Kalau tak tepung, bawang pulak...lepas tu, timbul pula masalah kekurangan gula...dan kini (2011)...minyak masak tiada dalam pasaran. Beberapa tahun lalu...kita juga dikejutkan dengan krisis kekurangan beras....selepas kenaikan harga beras yang mendadak...berlambak pulak beras di pasaran. Hairan kan??
Pagi tadi minyak masak di rumahku hampir habis....ke sana sini aku mencari minyak masak, hampir, semua kedai aku singgahi. setitik minyak masak pun tak ada. Aduhhh...tak tercapai hajatku nak menggoreng makanan kegemaranku...Kenapa jadi macam ni? Memang betullah sembang-sembang kedai kopi...minyak masak memang takdak di Malaysia...Tapi yang syoknya, berita TV dan akhbar menyatakan masalah ini akan selesai dalam beberapa hari. Katanya ada beberapa pengilang telah menyeludup minyak ke luar negara...disebutkan antara 3 atau empat syarikat yang terlibat...habis tu,...dalam Malaysia ni ada berapa syarikat pengeluar minyak??? takkan dengan beberapa syarikat ini seludup minyak keluar negara...industri minyak masak terus lumpuh!!!...
Kenapa tak senaraikan saja syarikat-syarikat minyak tu...biar para pengguna tahu perangai depa tu. Dah kaya nak kaya lagi...tamak sungguh!!!...ibarat pepatah,..'kera di hutan disusukan...anak sendiri kelaparan'....Lagi satu, pihak mana pulak yang jaga sempadan...hingga penyeludupan besar-besaran begini tak mampu dibanteras...
Persoalan demi persoalan sering timbul di benak pengguna macam aku ni...tapi aku orang kecik. Boleh buat apa...hanya tunggu dan lihat apa akan berlaku minggu depan. Tapi yang pasti dan telah berlaku sebelum-sebelum ini...selepas krisis makanan berlaku...akan ada sesuatu yang mengejutkan. Krisis gula tepung umpamanya...lepas diumumkan kenaikan harganya....mulalah kita nampak lambakan bahan tersebut di pasaran... Agaknya, krisis minyak masak kali ini pun akan menyebabkan harganya naik....kita tunggu saja.
Tapi..bila fikir-fikir semula....bagus jugak takdak minyak masak. Kita masak yang rebus-rebus, panggang-panggang dan makan mentah-mentah. Lagi sihat...kurangkan masakan yang berminyak..maka kuranglah risiko penyakit jantung yang berpunca dari minyak masak. Sayur tak payah goreng...buat tomyam lagi sedap. Udang tak payah buat sambal tumis dengan petai....masukkan dalam aluminium foil bubuh cabai...sedikit garam dan gula...panggang!!....petai makan buat ulam...Haaaa...best tak. Tak payah minyak-minyak....jimat, selamat dan sihat. Fikir-fikirkanlah...
Rabu, 5 Januari 2011
Asal Usulku

Sebetulnya....aku berasal dari sebuah keluarga yang susah....Emak dan Ayah bukan orang senang. Ingat lagi...masa sekolah rendah...SK Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak....susahnya ketika itu. Kalau dapat duit belanja 20 sen dah kira seronok giler....boleh beli aiskerim Pakiam (penjual aiskerim bangsa India)...tapi selalu memang tak bawak duit belanja.
Emak bagi bekal nasi....bungkus daun pisang. Masa rehat makan dengan kawan-kawan di tepi-tepi bangunan sekolah yang diperbuat daripada kayu. Bau nasi berbungkus daun pisang...aduhhh, sampai sekarang boleh ingat. Sebab itu...aku tak boleh tengok nasi lemak bungkus daun pisang...mesti beli. Tapi sekarang saiznya kecil...dulu, mak bungkuskan nasi...kalau nak banding sekarang....6 kali ganda barangkali...memang nostalgia.
Inilah sekolahku ketika bersekolah rendah...bangunan kayu dan bertiang. Di tepi-tepi bangunan itulah aku sering menikmati nasi bungkus daun pisang...terima kasih Mak...anakmu dah besar sekarang...sedang berbakti pada nusa dan bangsa...atas doamu, beginilah anakmu.Emak dan ayahku sekarang selalu uzur....sakit-sakit, asyik keluar masuk hospital. Sedangkan aku jauh dari mereka. Tetapi sedetik pun aku tak pernah melupakan mereka. Doaku sentiasa mengiringi kalian. Semoga Allah memelihara kalian, sebagaimana kalian memeliharaku ketika kecilku.
Saat paling berharga pada ku ialah ketika melangkah ke sekolah menengah. Itulah pertama kali aku berjauhan daripada keluarga...Semasa tingkatan satu, aku gagal mendapat tempat di asrama....ayah terpaksa menumpangkan aku di rumah kenalannya di Sabak Bernam....tetapi semua keperluanku...memasak, pakaian dan keperluan lain terpaksa aku urus sendiri...dengan tinggal di sebuah rumah kecil (pondok) di belakang rumah Haji 'M'....aku meneruskan persekolahan tanpa emak dan ayah di sisi...Bila ingat-ingat kembali...mengalir air mata ni...bangun pagi terpaksa masak ala kadar....nasi dan telur goreng...kuah kicap....sebagai alas perut untuk ke sekolah. Berbasikal berbatu-batu jauhnya. Saat usiaku menjengah 13 tahun. Ku lalui semua ini dengan tabah sampai ke tingkatan 3. Selepas itu barulah ditawarkan untuk tinggal di asrama....mungkin cikgu sedar aku orang susah...lagipun prestasi pelajaranku semakin maju. Semua itu berkat doa dan harapan kedua orang tua ku.
Banyak sungguh kenangan di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam. Terlalu payah untuk aku melupakannya...guru-guru, rakan-rakan....kalian semua dalam ingatan. Alhamdulillah, pengajianku tamat sampai STPM tahun 1989...hehe aku cuma memperolehi 3 prinsipal.
Inilah sebahagian daripada kawan-kawan sekolahku...1st reunion selepas 15 tahun berpisah...kenangan bersama kalian sungguh indah. Aku yang duduk bersila (tengah)...1991 aku melangkah setapak lagi dalam membina kerjaya sebagai guru. Memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Waktu ini, dunia aku dah berubah...dari seorang remaja yang asalnya bekerja (kilang je)...memiliki duit, tiba-tiba terpaksa duduk mendengar kuliah...belajar...assignment...exam...sungguh memenatkan. Aku gagahi semua ini selama 2 tahun setengah...dengan elaun bulanan RM380.00. Mana nak cukup!!!.tapi berkat kesabaran, akhirnya pada 1993 aku berjaya menamatkan kursus dengan kepujian...Mak dan Ayah pun bangga.
Wajah rakan-rakan guru pelatih...sekelas dengan aku. Kebanyakannya dapat kujejaki kembali melalui facebook. Harap korang semua sukses.
Ini pula...housemate aku...aku yang bersinglet putih tu. Time tu...hehehe...kurusss je. maklumla elaun cuma RM380.00 sebulan. Makan mi segera je. Nasib baik rambut tak luruh.
Dah minat aku kat muzik....masa terluang 'jamming' dengan kawan-kawan. Bukan pandai sangat pun tapi....nak syok je. Hantam saja lah Labuuu....
Aku Seorang Guru Muzik
Sejak 1993 aku dah jadi cikgu....cikgu muzik je. Memang jiwa aku suka sangat dengan muzik. Semua jenis muzik boleh 'ngam' dengan jiwaku. Aku jadikan muzik sebagai 'jururawat' yang sering mengubati resah dan mengembalikan nostalgia lama.
Setiap kali aku 'kangen' pada keindahan...gitar sering ku petik...lagu merapu keluar. Orang utara kata...nyanyi ikut 'dan'. Tapi aku happy. Janji jiwaku happy.

Gambar ni...kenangan terakhir aku dalam kumpulan Koir Guru Negeri Kedah. Aku rasa cukuplah setakat itu aku sumbangkan suara untuk Hari Guru...selepas 6 tahun penglibatan dalam Koir ni. Kena berundur...beri peluang pada orang muda...
2010 Yang Telah Berlalu
Aku merasakan 2010 berlalu cepat sangat...macam baru semalam memulakan langkah dah sampai Disember..Tapi ok lah...sekurang-kurangnya, aku dah tinggalkan macam-macam perkara yang tak best dikenang. Ingat yang best je...macam, lulus PTK dua-dua paper dapat A...alhamdulillah. Lepas tu, semester Januari...exam sangat suksess, Semester Mei...huhu,..turun sikit....sekarang ni tunggu result Semester September...Harap-harap dapat result yang best-best....
Hujung tahun 2010...aku tutup dengan percutian bersama famili....tak jauh pun. Langkawi je. Walaupun dalam negara tapi...sedikit sebanyak aku bangga dengan reputasinya. Kalau omputeh boleh berkampung kat negara kita sambut raya depa tu (Krismas)..kenapa kita nak buang duit pergi melancong jauh sampai 'oversea'...tapi memang aku takde duit pun....Langkawi pun jadi laa.
Aku attach sikit gambar-gambar kat Langkawi...
Langgan:
Catatan (Atom)
