Rabu, 26 Ogos 2015

SEMOGA TENANG DI SANA

Dari Allah kita datang...kepadaNya jua kita dikembalikan...

Tanggal 21 Ogos 2015, kira-kira jam 11.30 pagi....di pagi Jumaat yang mulia, penghulu segala hari...ayahanda tersayang menghembuskan nafas terakhirnya setelah hampir sepurnama terlantar...

Aku redha dengan segala ketentuanMu Ya Rabbi...jika itu lebih baik bagimu, ayahanda. Alhamdulillah, aku berkesempatan berada di sisimu tika malaikat maut menjemputmu.

Ayahanda....ampunkan segala dosa anakanda....
Anakanda doakan semoga ayahanda tenang di sana.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu
Tempatkanlah bersama para solihin...
Aminn...aminn....Ya Rabbal alaminn...

Selasa, 4 Ogos 2015

Ayahanda.tercinta...Redha dengan dugaanMu Ya Allah



Tika dan saat ini, Selasa - 4 Ogos 2015, jam.11:25 malam aku masih berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Sabak Bernam. Ayahanda sedang terlantar menerima ujian maha berat bagi seorang insan sepertinya...serangan strok kali kedua dalam tempoh 2 minggu.

Baru 2 minggu lalu, aku temankan ayahanda di Hospital Teluk Intan kerana strok...tapi saat itu hanya serangan yang 'minor'..3 hari lalu aku diberitakan yang ayahanda terpaksa dikejarkan ke hospital ini kerana serangan kedua....yang melumpuhkan bahagian kanan anggota kaki dan tangan. Kali ini memang kritikal...dah tak mampu menelan walau setitik air...

Ya Allah....ujian ini benar2 menguji kami....apatah lagi ayahanda yang kami sayangi. Jadikanlah ujian sakit ini sebagai pencuci dosa dan sembuhkanlah oleh Mu wahai Tuhan yang maha ampuh.

Keadaan ayahanda yang makin lemah membuat kami adik beradik berhimpun dan menginsafi atas segala yang Allah turunkan.

Segala ikhtiar kami cuba usaha dan doa kami buatmu ayahanda tercinta...semoga dirimu segera sembuh. Insyaallah.