Umat Islam seluruh dunia bakal menyambut 1 Ramadhan tak berapa hari lagi. Pengertian Ramadhan harus difahami oleh semua umat Islam. Puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga....banyak lagi yang perlu puasa, tangan, mata, telinga...semua kena puasa.
Berjayakah kita menundukkan nafsu pada Ramadhan kali ini. Hari pertama puasa...jom ramai-ramai pakat pi bazar Ramadhan. Kalau tak membeli pun, menyaksi pun sudah memadai. Boleh kita saksikan keghairahan para peniaga menjual pelbagai juadah...si pembeli juga turut ghairah membeli. tengok itu sedap, ini pun sedap....sedar2, kedua belah tangan dah penuh...hehehe, nafsu oh nafsu.
Jangan lupa berterawih di sebelah malamnya, letih pun kena paksa diri ke masjid atau surau....lawan lah nafsu nak tidur tu. Lepas terawih pasti ada 'moreh'....alahai moreh pun satu hal, kadang2, makanan berlebih...kebanyakan jemaah dah kenyang, jadi berlaku pembaziran lagi. Kepada penyedia jamuan moreh...beringatla, jangan terlalu ghairah menyediakan mekanan sehingga berlaku pembaziran.
Kepada semua umat Islam, marilah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah...lakukan ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan. Semoga amalan kita diterima Allah. Insya Allah.