Isnin, 11 April 2011

Disiplin Pelajar Kian Meruncing



Dewasa ini, banyak sangat berita menyebut tentang gejala sosial yang kian parah. Dari samseng jalanan merebak ke bohsia dan menjalar ke pengguguran bayi...dah tu tak cukup dengan dadah cikgu sekolah pun depa nak 'hayun'....

Aku rasa minggu ni....kalau sapa2 jadi cikgu, mesti terkejut...di Perlis, seorang guru dituduh membunuh anak muridnya.Lepas tu, sorang cikgu pulak ditumbuk hidungnya, sampai patah tulang hidung tu...astaghafirullah....rasanya mengucap panjang kaum guru di Malaysia. Sampai macam tu sekali. Aku tak la nak komen apa-apa, tapi hati naluri ni, tetap sedih macamana kejadian seperti ini boleh terjadi. Tunggulah pihak berkuasa yang menyelesaikan kes itu. Cuma, sebagai guru terpanggil untuk mengomen sikit, kawal emosi kita. Jangan terlalu ikut perasaan marah, geram, meluat atau yang sewaktu dengannya. Kalau nak ikut-ikutkan tatacara guru mengawal disiplin dan mengambil tindakan ke atas murid....jangankan jentik telinga...jelingan yang tajam dengan maksud memarahi atau maksud-maksud lain....dianggap menyalahi tatacara menangani disiplin murid sekolah...ini info yang aku terima sebagai guru disiplin. Hai cikgu-cikgu...tahan ke kita tengok saja kalau anak murid dah nak pijak kepala kita. Sesiapa yang buat peraturan disiplin macam tu...kajilah semula. Bukan apa, kami di sekolah...semakin ramai cikgu-cikgu yang mengeluh...sesak dada, sakit jantung dan darah tinggi melihat fenomena seperti itu. Jadi cikgu zaman dulu senang rasanya...100% kepercayaan ibu bapa kepada guru asalkan jangan patahkan tangan dan kaki anaknya...

Jadi, sebagai guru era millenium ni, mahu tidak mahu....suka tidak suka, kita kena ikut juga....biarlah apa orang nak kata. Tugas kita mengajar dan mendidik ilmu...dunia dan akhirat. Kita menyampaikan....tapi kalau yang menerima tak suka...jangan paksa. Dan kalau mak bapak murid-murid kita tak ambil berat tentang pelajaran anak-anak...apa boleh buat. Itu masa depan keluarga mereka. Tapi...malang sungguh kerana tujuan kita untuk melahirkan generasi berilmu...pemimpin dan cendikiawan terus terbantut...semuanya kerana silap percaturan dan SIKAP....