
Inilah wajah terkini bondaku....terlantar lesu di katil Wad ICU Hospital Teluk Intan. Aku terima berita mengenai ini pada 21 February 2011....seakan terhenti denyutan jantungku seketika. Sedangkan aku jauh di Utara Semenanjung...ku gagahi juga hari itu untuk bertahan agar air mata ini tak mengalir...tapi aku tewas. Keesokannya aku nekad untuk pulang ke kampung halaman menziarahi bondaku....
Perjalanan dari Kedah ke Perak seakan terlalu jauh...tapi pesanan isteriku untuk memandu dengan berhemah aku akur. Sesampainya aku di hospital....bonda telah dipindahkan ke wad ICU kerana paru-parunya dah kritikal..hanya tinggal 20% sahaja yang berfungsi. Dengan air mata yang kian bergenang..ku dekati bonda yang tidak sedarkan diri...genggam jari-jemarinya...sejuk ku rasakan.
Aku tahu..bonda sedar akan kehadiranku..tapi seluruh badannya terlalu lemah untuk membuka mata, apatah lagi berkata-kata. Jelas kelihatan bibirnya bergerak-gerak....mungkin untuk menyatakan sesuatu...tapi apalah dayanya...akhirnya air mata sahaja yang mula mengalir di pipinya.
Aku tahu penderitaan yang ditanggung amatlah azab. Hanya doa dan harapan mengiringi perjuangannya. Aku benar-benar berserah kepada Allah. Itu sahaja ikhtiarku. Sebenarnya ini adalah kali ke-2 bonda dikejarkan ke ICU....
Sebagai anak, aku harapkan bonda tabah menghadapi ujian Allah. Hingga saat aku menulis ini...bonda masih berada di ICU....
Ya Allah....ampunilah dosa-dosaku, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani aku semasa kecilku....Amin Ya Rabbal 'alamin.....