
Sebetulnya....aku berasal dari sebuah keluarga yang susah....Emak dan Ayah bukan orang senang. Ingat lagi...masa sekolah rendah...SK Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak....susahnya ketika itu. Kalau dapat duit belanja 20 sen dah kira seronok giler....boleh beli aiskerim Pakiam (penjual aiskerim bangsa India)...tapi selalu memang tak bawak duit belanja.
Emak bagi bekal nasi....bungkus daun pisang. Masa rehat makan dengan kawan-kawan di tepi-tepi bangunan sekolah yang diperbuat daripada kayu. Bau nasi berbungkus daun pisang...aduhhh, sampai sekarang boleh ingat. Sebab itu...aku tak boleh tengok nasi lemak bungkus daun pisang...mesti beli. Tapi sekarang saiznya kecil...dulu, mak bungkuskan nasi...kalau nak banding sekarang....6 kali ganda barangkali...memang nostalgia.

Inilah sekolahku ketika bersekolah rendah...bangunan kayu dan bertiang. Di tepi-tepi bangunan itulah aku sering menikmati nasi bungkus daun pisang...terima kasih Mak...anakmu dah besar sekarang...sedang berbakti pada nusa dan bangsa...atas doamu, beginilah anakmu.
Emak dan ayahku sekarang selalu uzur....sakit-sakit, asyik keluar masuk hospital. Sedangkan aku jauh dari mereka. Tetapi sedetik pun aku tak pernah melupakan mereka. Doaku sentiasa mengiringi kalian. Semoga Allah memelihara kalian, sebagaimana kalian memeliharaku ketika kecilku.
Saat paling berharga pada ku ialah ketika melangkah ke sekolah menengah. Itulah pertama kali aku berjauhan daripada keluarga...Semasa tingkatan satu, aku gagal mendapat tempat di asrama....ayah terpaksa menumpangkan aku di rumah kenalannya di Sabak Bernam....tetapi semua keperluanku...memasak, pakaian dan keperluan lain terpaksa aku urus sendiri...dengan tinggal di sebuah rumah kecil (pondok) di belakang rumah Haji 'M'....aku meneruskan persekolahan tanpa emak dan ayah di sisi...Bila ingat-ingat kembali...mengalir air mata ni...bangun pagi terpaksa masak ala kadar....nasi dan telur goreng...kuah kicap....sebagai alas perut untuk ke sekolah. Berbasikal berbatu-batu jauhnya. Saat usiaku menjengah 13 tahun. Ku lalui semua ini dengan tabah sampai ke tingkatan 3. Selepas itu barulah ditawarkan untuk tinggal di asrama....mungkin cikgu sedar aku orang susah...lagipun prestasi pelajaranku semakin maju. Semua itu berkat doa dan harapan kedua orang tua ku.
Banyak sungguh kenangan di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam. Terlalu payah untuk aku melupakannya...guru-guru, rakan-rakan....kalian semua dalam ingatan. Alhamdulillah, pengajianku tamat sampai STPM tahun 1989...hehe aku cuma memperolehi 3 prinsipal.

Inilah sebahagian daripada kawan-kawan sekolahku...1st reunion selepas 15 tahun berpisah...kenangan bersama kalian sungguh indah. Aku yang duduk bersila (tengah)...
1991 aku melangkah setapak lagi dalam membina kerjaya sebagai guru. Memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Waktu ini, dunia aku dah berubah...dari seorang remaja yang asalnya bekerja (kilang je)...memiliki duit, tiba-tiba terpaksa duduk mendengar kuliah...belajar...assignment...exam...sungguh memenatkan. Aku gagahi semua ini selama 2 tahun setengah...dengan elaun bulanan RM380.00. Mana nak cukup!!!.tapi berkat kesabaran, akhirnya pada 1993 aku berjaya menamatkan kursus dengan kepujian...Mak dan Ayah pun bangga.

Wajah rakan-rakan guru pelatih...sekelas dengan aku. Kebanyakannya dapat kujejaki kembali melalui facebook. Harap korang semua sukses.

Ini pula...housemate aku...aku yang bersinglet putih tu. Time tu...hehehe...kurusss je. maklumla elaun cuma RM380.00 sebulan. Makan mi segera je. Nasib baik rambut tak luruh.

Dah minat aku kat muzik....masa terluang 'jamming' dengan kawan-kawan. Bukan pandai sangat pun tapi....nak syok je. Hantam saja lah Labuuu....