Khamis, 6 Januari 2011

Minyak Masak vs Masak Berminyak



Sekali lagi masyarakat Malaysia di kejutkan dengan Krisis Minyak Masak...Adehhh...hampir saban tahun ada sahaja krisis makanan. Kalau tak tepung, bawang pulak...lepas tu, timbul pula masalah kekurangan gula...dan kini (2011)...minyak masak tiada dalam pasaran. Beberapa tahun lalu...kita juga dikejutkan dengan krisis kekurangan beras....selepas kenaikan harga beras yang mendadak...berlambak pulak beras di pasaran. Hairan kan??
Pagi tadi minyak masak di rumahku hampir habis....ke sana sini aku mencari minyak masak, hampir, semua kedai aku singgahi. setitik minyak masak pun tak ada. Aduhhh...tak tercapai hajatku nak menggoreng makanan kegemaranku...Kenapa jadi macam ni? Memang betullah sembang-sembang kedai kopi...minyak masak memang takdak di Malaysia...

Tapi yang syoknya, berita TV dan akhbar menyatakan masalah ini akan selesai dalam beberapa hari. Katanya ada beberapa pengilang telah menyeludup minyak ke luar negara...disebutkan antara 3 atau empat syarikat yang terlibat...habis tu,...dalam Malaysia ni ada berapa syarikat pengeluar minyak??? takkan dengan beberapa syarikat ini seludup minyak keluar negara...industri minyak masak terus lumpuh!!!...

Kenapa tak senaraikan saja syarikat-syarikat minyak tu...biar para pengguna tahu perangai depa tu. Dah kaya nak kaya lagi...tamak sungguh!!!...ibarat pepatah,..'kera di hutan disusukan...anak sendiri kelaparan'....Lagi satu, pihak mana pulak yang jaga sempadan...hingga penyeludupan besar-besaran begini tak mampu dibanteras...

Persoalan demi persoalan sering timbul di benak pengguna macam aku ni...tapi aku orang kecik. Boleh buat apa...hanya tunggu dan lihat apa akan berlaku minggu depan. Tapi yang pasti dan telah berlaku sebelum-sebelum ini...selepas krisis makanan berlaku...akan ada sesuatu yang mengejutkan. Krisis gula tepung umpamanya...lepas diumumkan kenaikan harganya....mulalah kita nampak lambakan bahan tersebut di pasaran... Agaknya, krisis minyak masak kali ini pun akan menyebabkan harganya naik....kita tunggu saja.

Tapi..bila fikir-fikir semula....bagus jugak takdak minyak masak. Kita masak yang rebus-rebus, panggang-panggang dan makan mentah-mentah. Lagi sihat...kurangkan masakan yang berminyak..maka kuranglah risiko penyakit jantung yang berpunca dari minyak masak. Sayur tak payah goreng...buat tomyam lagi sedap. Udang tak payah buat sambal tumis dengan petai....masukkan dalam aluminium foil bubuh cabai...sedikit garam dan gula...panggang!!....petai makan buat ulam...Haaaa...best tak. Tak payah minyak-minyak....jimat, selamat dan sihat. Fikir-fikirkanlah...

1 ulasan:

  1. bagus gak cadangan tu..mkn yg rebus, bakar je.. ikan rebus, petai bakar, sayur air...sedap pa...

    BalasPadam